Tuesday, October 4, 2011

Tips Penjagaan Kura-kura Kecil (Red Eared Slider) Versi 2

Kali ini Tips Penjagaan Kura-kura Kecil jenis Red Eared Slider versi 2 dikeluarkan. Segala cerita dan cara2 dalam ini adalah mengikut pengalaman saya. Seperti tips yang terdahulu iaitu versi 1 [links] juga berdasarkan pengalaman saya dan kali ini saya akan mengulas mengenai cara penjagaan kura-kura kecil jenis Red Eared Slider dengan lebih mudah dan teratur.

Pendahuluan
-kura-kura jenis Red Eared Slider adalah haiwan jenis semi-aquatic iaitu haiwan dua alam. Jadi air dan darat amatlah penting untuk mereka. Mereka perlukan air untuk makan,minum dan lain2 dan mereka juga perlukan darat untuk bernafas,basking atau lebih dikenali sebagai berjemur untuk kesihatan mereka sendiri. Kura-kura jenis semi-aquatic ini lebih banyak menghabiskan masa dalam air dan mungkin anda tidak tahu bahawa mereka bernafas di udara ini kerana ketika mereka berada di dalam air mereka menahan nafas.

Pertama
-Tempat Tinggal-
Jika anda beli kura-kura yang kecil anda boleh menggunakan ruangan besar seperti akuarium atau bekas kecil yang tersedia ada dijual di kedai haiwan atau anda boleh menggunakan bekas kecil seperti Tupperware. Pastikan bekas yang mempunyai sisi yang tinggi supaya kura-kura tak memanjat keluar atau tutup dekat penutup yang ditebuk lubang untuk bernafas juga sediakan sedikit batu untuk kura-kura tidur kerana kura-kura lebih suka tidur dikelilingi batu kerana sifatnya yang pemalu jadi mereka suka menyorok. Jika anda menggunakan bekas,isikan air pada paras yang menenggelamkan separuh cengkerang kura-kura dan bagi yang menggunakan akuarium sediakan daratan seperti batu dan gunakan anti-chlorine bagi memastikan air yang baik untuk haiwan air anda. Gambar : [bekas] [anti-chlorine]

Kedua
-Pemakanan-
Kura-kura adalah jenis omnivor jadi mereka makan sayur-sayuran,serangga dan haiwan. Kebiasaanya anda perlukan makanan berupa pellets yang boleh didapati di kedai haiwan. Pellets amat menting kerana ia merupakan makanan yang mempunyai vitamin dan makanan yang mempunyai segala zat yang diperlukan. Anda boleh beri kura-kura anda sayur,ikan atau serangga tetapi sayur memang susah untuk mereka makan mungkin kerana tidak biasa. Mengikut pengalamn saya,kura-kura saya tidak mahu makan sayur,saya berikan pellet seperti biasa dan kadang-kadang nyamuk atau kupu-kupu yang berkeliaran di rumah. Gambar : [pellets food] [sayuran]

Ketiga
-Kebersihan-
Kura-kura tidak suka air kotor. Jadi rajin-rajinlah menukar airnya. Jika anda malas untuk bersihkan dan menukar air. Anda boleh asingkan kura-kura anda dengan cara anda adakan satu lagi bekas untuk kura-kura anda makan dan buang bahan buangan. Kura-kura biasakan akan buang air besar selepas beberapa minit selepas makan jadi selepas anda beri makan kura-kura anda dibekas yang berasingan tunggu beberapa minit sebelum anda letakkan ke bekas asal supaya mereka tidak buang air besar di bekas asal. Kura-kura juga perlukan kebersihan,anda perlu memberus cengkerang kura-kura dengan lembut seminggu sekali bagi membersihkan cengkerang dari lumut atau fungi. JANGAN gunakan sabun gunakan air biasa kerana sabun boleh merosakkan cengkerang mereka.

Keempat
-Kasih Sayang-
Belailah kura-kura anda sekurang-kurangnya seminggu sekali di atas cengkerang lembut mereka bagi mereka mengenali tuan mereka dan elakkan dari mencium mereka kerana mereka membawa penyakit seperti haiwan lain tetapi kura-kura membawa penyakit Samonella. Hati-hati.. Gambar : [petting turtles]

Kelima
-Berjemur atau basking-
Kura-kura perlu berjemur untuk kesihatan mereka. Mereka mungkin taknak berjemur walaupun ada batu/tempat untuk berjemur. Jadi sediakanlah satu lagi bekas kering untuk mereka berjemur dibwah lampu. Setakat ini saya gunakan lampu 11watt yang berwarna oren untuk mereka berjemur selama beberapa jam. Pastikan bekas yang mempunyau sisi yang tinggi jika tidak mereka akan keluar. Gambar : [turtle bank]

20 comments:

  1. air yang diperlukan paras apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tertulis dekat tip yg pertama; Jika anda menggunakan bekas,isikan air pada paras yang menenggelamkan separuh cengkerang kura-kura dan bagi yang menggunakan akuarium sediakan daratan seperti batu .

      Delete
  2. Boleh tahu samonella tu apa? Hehe :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmonella tu sejenis bacteria yg merbahaya. Boleh google utk maklumat lanjut. :)

      Delete
  3. kalau bagi makat tu,,,makanan ny letak didalam air or di daratan? contect saya via wechat : qasehrailey,... tq

    ReplyDelete
  4. KALAU TAK BASKING KURA KURA TAKPE TAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kura2 tak basking or tak nak bagi kura2 basking? Kura-kura mmg habitat dia akan basking/berjemur.. Kalau dia tak berjemur/basking akan ada kemungkinan untuk kura2 kene jangkitan kulat atau fungus

      Delete
  5. Kura-kura perlu makan berapa kali sehari dan berapa biji pellets yang diperlukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://asyrafitusaya.blogspot.com/2011/09/tips-penjagaan-kura-kura-kecil.html link ini akan beritahu anda semua. Selamat membaca.. :)

      Delete
  6. Knape kura kura sye tak nak makan ...sye baru je beli..kura kura bertina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila klik link post terbaru ini http://asyrafitusaya.blogspot.com/2013/12/tips-penjagaan-kura-kura-kecil-red.html . Semoga info yg diberikan membantu anda.

      Delete
  7. saye baru beli kura kura bertina......kenapa kura kura sye tak nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila klik link post terbaru ini http://asyrafitusaya.blogspot.com/2013/12/tips-penjagaan-kura-kura-kecil-red.html . Semoga info yg diberikan membantu anda.

      Delete
  8. KENAPA KURA KURA SYE TAK NAK MAKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila klik link post terbaru ini http://asyrafitusaya.blogspot.com/2013/12/tips-penjagaan-kura-kura-kecil-red.html . Semoga info yg diberikan membantu anda.

      Delete
  9. Saya baru beli kura kura bertina...... dah dua hari dah dia tak makan... kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila klik link post terbaru ini http://asyrafitusaya.blogspot.com/2013/12/tips-penjagaan-kura-kura-kecil-red.html . Semoga info yg diberikan membantu anda.

      Delete
  10. Kenapa kura2 saya bila bernafas tekak dia macam besar ? Lpas tu tu bila bernafas kat air slalu buih2 . Then dia slalu sorokkan sbelah kaki dia . Kat mulut dia pun mcm ada mnda warna putih . Makan pun tanak jugak . Agak2 knp ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan fungal infection. Cuba tgk mse kura2 tu dlm air.. Ada mcm bende tak melekat dekat kaki and mulut dia. Kalau ada, jangkitan fungal la tu..

      Delete