Entri kali ini ialah tentang tips penjagaan Ikan Laga/Betta Fish yang kini hangat dijual di kedai ikan atau haiwan dengan harga yang murah atau mungkin anda boleh membelinya di pasar malam terdekat atau pasar Pudu.
Ikan Laga amat senang untuk dibela,hanya perlu diberi makan dan tukar air. Ikan Laga tidak perlukan oksigen tank untuk hidup bekas kecil sudah memadai untuk mereka hidup.
Tempat tinggal
Gunakan balang yang tinggi dan luas bagi keselesaan mereka.
Pemakanan
Ikan Laga suka kepada haiwan air kecil atau mikro sperti jentik2, kupang2, kutu air dan cacing air atau anda boleh berikan mereka pellet yang ada dijual di kedai haiwan.
Air
Ikan Laga tidak boleh hidup dalam air yang berklorin jadi guna anti-chlorine yang terdapat di kedai haiwan. Jika rumah anda ada air tapis(filter) air itu juga selamat untuk ikan.Selain itu,anda boleh membiarkan air paip selama dua/tiga hari sebelum menggunakannya untuk menukar air bagi menghilangkan klorin yang ada pada air paip.
Pencahayaan
Letakkan Ikan Laga anda berdekatan dengan cahaya matahari. Ini kerana Ikan Laga menjadi tidak aktif. Jangan pancarkan terus cahaya matahari kepada ikan jika tidak mati.
Hiasan
Jika tiada hiasan pun tidak apa,untuk keselesaan dan kecantikkan letaklah sedikit batu kecil,pokok kecil bagi mereka menghasilkan buih dan duit syiling 5/10sen bagi menyejukkan air.
Ubat Tambahan
Beli ubat black water yang boleh didapti di kedai ikan bagi menjamin kesihatan Ikan Laga. Setakat ini saya tidak pernah menggunakannya kerana masih mencari.
No comments:
Post a Comment