Friday, December 6, 2013

Tips Penjagaan Kura-kura Kecil( Red Eared Slider) 101

Disebabkan baru-baru ini ramai yang bertanya pada saya mengenai penjagaan kura-kura kecil jenis Red Eared Slider yang malangnya tiada dalam post tips yang telah saya keluarkan. Post ini akan membantu anda semua.

PENAFIAN : TIPS BERIKUT ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA

PERTAMA|MEMILIH KURA-KURA|
-Jika anda ingin membeli kura-kura kecil jenis Red Eared Slider, pastikan ianya adalah yang paling sihat(AKTIF) dalam kelompok kura-kura tersebut.
-JANGAN pilih kura-kura yang kelihatan lemah,mempunyai cacat cela seperti luka atau sebarang kecacatan fizikal.

KEDUA|PEMILIHAN MAKANAN|
-SEBELUM membeli pellet untuk kura-kura kecil anda pastikan anda baca label pada makanan tersebut.
-PASTIKAN bentuk dan saiz bersesuaian dengan kura-kura kecil anda.
-DIINGATKAN, tidak semua tuan kedai akan membantu anda, ada yang hanya mementingkan keuntungan sahaja.

KETIGA|MINGGU PERTAMA|
-Kura-kura adalah haiwan yang pemalu, jadi usah risau jika pada minggu pertama anda menjaga kura-kura, ia kelihatan malu dan takut.
-Dengan sifat pemalu kura-kura, mereka akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri,tinggalkan pellet makanan kura-kura dan biarkan mereka bersendirian untuk satu malam.
-Rajinkan diri bertegur pada kura-kura tersebut supaya ia tahu bahawa ianya dalam keadaan selamat.

KEEMPAT|PEMAKANAN|
-Jika sudah tiga hari atau lebih kura-kura kecil anda tidak makan pellet yang anda berikan, cuba boostkan rasa ingin makan dengan memberikan secebis isi ayam mentah saiz pelet mereka dan biarkan ianya bersendirian.

Semoga tips diatas membantu anda semua dalam menjaga kura-kura kecil jenis Red Eared Slider.

No comments:

Post a Comment